17/01/2015

Selamat Tahun Baru 2015

Assalam semua pembaca Blog Qashmere. Masih belum terlambat lagi kalau nak ucapkan Selamat Tahun Baru 2015 kepada semua. Rindunya nak blogging tapi kekangan masa yang menyebabkan blog ini tergendala buat seketika. Tetapi walaupun tergendala, Mummy masih intai-intai blog ini. Terima kasih pada semua yang masih datang singgah sini.


Tahun 2014 sekejap sahaja menurunkan tirainya meninggalkan kita dengan pelbagai kisah di paparan media sosial. Kisah suka dan duka terjadi pada Malaysia. Dan yang pasti kita semua kenalah berbuka hati dan redha kerana semua ini telah ditetapkan oleh pencipta Yang Agung. Walau macamana pun, kehidupan harus diteruskan demi diri sendiri dan keluarga. InsyaAllah, usaha yang baik mendatangkan kebaikan. Amin.

Macam-macam nak dicoretkan. Nak dikongsikan di entri blog dan juga menjadi simpanan memori. Tetapi masa tak mengizinkan. Alhamdulillah tahun 2014 adalah tahun cemerlang buat Mummy dan juga sangat berharap mendapat kecemerlang untuk tahun 2015 *positif*.

InsyaAllah kalau berkesempatan, boleh nanti dikongsikan di entri-entri yang akan datang. Sehingga bertemu di lain entri.

Xoxo
Mummy Akmar


22/10/2014

Cuti Deepavali 2014

Assalam semua. Hari ni Cuti Deepavali dapatlah update entri di blog. Kalau rajin, niat nak update 5 entri sekali gus. Tak tahulah mampu ke tak. Hihihiks. Hari ini, kami semua berkumpul di rumah Pak Nek. Masak beramai-ramai bermakna hari makan dan tambah lemak yang sedia ada. Hehehe. Tujuan utama kami berkumpul adalah satunya nak berkumpul masak beramai-ramai merapatkan ukhwah atau nak bincangkan isu-isu menarik. Hahaha Dan jugak, nak merancang cuti sekolah November ini nak kemana. Lepas balik Langkawi nanti, insyaAllah kami sekeluarga semua nak pergi bercuti mungkin ke Penang atau Port Dickson (boring sangat sebab tempat yang sama) atau cadangan Mummy adalah ke Legoland (dapat bantahan ramai) Hahahaha. Sebab jauh. Takperlah, mana pon pergi tak kisah, janji dapat bercuti.

Menu hari ini memang best sebab kena dengan tekak dan selera kami orang Perak. Kenapa siap sebut asal usul ni kerananya ada gulai tempoyak. Yeay! Sedap.....Nyummy!!! Menu lain pulak, ada Chillie Crab yang ketam ni Mummy masak. Ada jugak sup sayur bayam, ikan goreng untuk anak-anak. Ada sambal belacan yang meletops kaw kaw punyer dan jugak ulam daun silom dan kacang botol yang dimakan dengan sambal kelapa. Menu hari ni macam-macam rasa ada. Macam masakan ala kampung dengan bandar. Hehehe Boleh ke camtu? Takperlah malas nak cakap panjang, moh tengok hasil masakan Chillie Crab Mummy ni.

Bahan-bahan dah siap oleh pembantu rumah kakak

Ketam Nipah ni pon dah di potong dan cuci dengan air limau.

Ketam Nipah ni kena masak lama-lama sikit sebab kulit dia tebal nanti isi tak masak elok. So, kena masak lama

Oh Mr. Crabby is doing great! Hehehe My tummy says delicious. Hahaha

2kg Ketam tak cukup lah!!! We want more. Uhuks uhuks...

Kitaorang dah masak awal-awal tadi sebab kakak ipar nak pergi bawak menu yang kitorang makan ni ke MRSM Parit bagi anak dia makan sekali. Kesian cuti tak dapat balik. Kakak ipar tadi pon makan cecepat, supaya cepat sikit sampai ke sana. Hmmm Yummy. Nanti insyaAllah Mummy kongsi resipi macamana nak masak Chillie Crab ni. Gambar yang lain tak sempat nak snap photo. Gigih laju makan. Lepas makan, nak menyuap si kenit tu pulak. Kalau tak suap, jawabnya tak makan lah. Hahahahah


Sempat rakam video Gulai Tempoyak atas dapur je. Hehehe. Orang Perak paham ler perasaan bila tengok gulai tempoyak ni. Orang negeri lain tak paham. Hahaha.

Okaylah walaupun cuba mengarang satu entri ni sahaja. Ambil masa 3 jam. Kejap buat kejap karang ada je si kenit tu nak itu ini. Makanya, dapat satu entri sahajani.

Dikesempatan ni, Mummy nak ucapkan Happy Deepavali untuk semua kaum India. 

Xoxo
Mummy Akmar

27/09/2014

Cuti-Cuti Malaysia Ke Langkawi Oktober Ini

Assalamualaikum. Waaaaaa!!~ Dah lamanya tak bukak blog update entri. Mesti ramai rindukan Mummy. Hahaha Ada ke yang rindu? Perasan pulakkan. Takperlah perasaaan perasan tu FREE takper sekali sekala berperasaan begitu. Terima kasih Mummy nak ucapkan pada yang singgah sini dan tinggalkan komen. InsyaAllah akan Mummy balas balik nanti blog walking dan tinggalkan komen sekali.

Banyak sebenarnya nak cerita tapi masa tak mengizinkan. Cerita Hari Raya pun tergendala, apantah lagi nak masukkan cerita dan gambar-gambar ke Bandung tempoh hari. Semua tak sempat. Pendek kata takde masa nak duduk depan laptop nak mengarang entri.

Buat masa ni, Mummy betul-betul sibuk menyediakan Laporan Khas GST untuk di bentangkan nanti. InsyaAllah, nanti apa-apa akan di update entri di sini. Doakan untuk Mummy dan Qashrin ya. Ada rezeki Qashrin, maju setapak lagi kehadapan. Hahaha Adoih ayat ni macam apa je.

Dan insyaAllah, Mummy akan ke Langkawi bulan Oktober ni. Yang ini bercuti bawak Qashrin dan Opah berjalan dan Mama Achik pun ikot sekali. Kami akan bermalam di Langkawi Lagoon Resort. Doakan kami selamat pergi dan pulang kerana kami akan menaiki kapal terbang Fireflyz. Hahahah Okay bab naik kapal terbang memang Mummy takot sikit. Hari tu pergi Bandung pun nasib baik Assistant Manager sporting melayan kerenah Mummy. Berpeluk sakan sepanjang penerbangan. Seriau....Hahahahah Looser sangatkan.... Balik pon sama. Hahahaha. Tak kisahlah, janji kita semua selamat sampai. Hehehehehe

Booking confirmation. Yeay!

Tak sabar nak bercuti lagi. Yeahoooo.......Doakan kami selamat pergi dan pulang. Amin!!

Xoxo,
Mummy Akmar

24/08/2014

Penerbangan Ke Jakarta - Bandung - Jakarta - KLIA

Hujung bulan ini, insyaAllah akan menyertai branch trip ke Jakarta dan Bandung menaiki Air Asia.

Pertama kali pergi ke sini dan harap sangat apa yang dirancang semuanya berjalan dengan lancar.

Rasa gementar juga sebab dah setahun lebih tidak menaiki kapal terbang. Lebih lagi ekoran insiden kapal terbang MAS baru-baru ini.

Semoga dipermudakan olehNya.

Xoxo
Mummy Akmar

16/08/2014

Panduan Buat Bun, Pau Dan Pizza Setaraf Hotel

Kita ni orang perempuan memang suka memasak dan mencuba resipi baru. Lebih-lebih lagi kalau teringin nak makan sesuatu atau permintaan anak atau suami dan mereka inilah yang akan menjadi food tester. Tapi kalau masakan dan resipi baru tu tak menjadi, memang membazir dan merugikan.

Kebanyakan resipi yang diambil dari internet bukan 100% menjadi. Mungkin teknik masakan berlainan atau bahan-bahan yang diperlukan tidak betul-betul diberitahu. Terutama sekali resipi nak buat Bun, Pau dan Pizza yang sesedap macam di hotel.



Sebab itulah, Mummy dah jumpa DVD dan E Book yang betul-betul kongsikan ilmu nak buat step by step cara nak buat bun gebu, pau gebu dan pizza bertaraf hotel. Kalau korang buat resipi yang diajar ni bagi anak-anak dan suami, mesti diorang gembira dan mintak masak lagi berkali-kali.

Boleh dapat komprehensif step by step buat Bun, Pau dan Pizza

Video yang dikongsikan oleh Chef Hairul ini memang cukup lengkap dari pembuatan asas hingga korang boleh buat peniagaan kecil-kecilan di rumah. Antara Modul yang diajarkan adalah:

Membuat Bun Original – 7 Teknik

Membuat Inti Aneka Inti Bun – 7 Jenis Inti

Membuat Aneka Bun Special – 7 Jenis Bun dan Pastri

Cara Membuat Pau Original

Cara Guna Mesin Mixer dan Oven – 3 Jenis Mesin

Cara Pembungkusan Bun – 2 Cara

Cara Pengiraan Kos – 2 Cara

Memang tak rugi kalau beli dan pembelian yang berpatutan sebab video masih dalam kategori mampu milik. Kalau ada yang nak mulakan perniagaan kecil-kecilan di rumah, memang sangat-sangat disyorkan oleh Mummy sendiri. Rezeki di mana-mana betul tak, yang penting usaha tu kena ada. Dan paling penting sekali, suami dan anak-anak suka makan masakan hasil tangan ibu mereka yang sedap dan menjadi.

Kalau ada yang berminat, harga DVD ni hanya 60.00 Ringgit. Sangat berpatutan, apalah sangat kalau nak dibandingkan kasih sayang suami dan anak-anak yang mencurah-curah bila dah berjaya buat nanti.

Kalau nak beli boleh beli dekat sini > Rahsia Buat Bun, Pau, Pizza Menggunakan Resipi Hotel Yang Paling Sedap <

Selamat mencuba!

Xoxo
Mummy Akmar

15/08/2014

Cerita Raya Kedua Yang Makan Tanpa Henti

Bila ada cerita Raya Pertama, mesti ada cerita Raya Kedua. Ye tak? Tapi tak tahulah rajin nak cerita sepanjang seminggu beraya. Memang niat kalau rajin nak tulis entri seminggu beraya. Kalaulah rajin. Niat memang ada nak buat ke tak, tu belum tentu. Maklumlah raya tahun 2014 cuti seminggu. Lupa pasal kerja seminggu sekejap. Kita enjoy dulu. Hehehe.

Raya kedua masih lagi kami pusing-pusing jalan beraya. Motif yang paling penting adalah kutip duit raya. Hahaha. Okay cerita pasal duit raya. Alhamdulillah. Tahun ni memang murah rezeki Qashrin. Total duit Raya dia RM650 hanya duit Hari Raya pertama dan collection dari rumah-rumah tambah lagi duit RM170 duit dia kumpul dalam tabung dah Mummy tukarkan dekat kedai mamak berdekatan. Tahun ini, dah pun buat buku ASB untuk dia. Duit raya dia banyak sebab ramai adik beradik Mummy bagi dekat Qashrin duit raya dan duit birthday untuk dia mostly semua RM50. Bukan sahaja Qashrin dapat duit raya, Mummy pun dapat tau. Mummy dapat RM200 dari Ayah Yob, RM20 dari Pak Nek (sikitlah sebab dia dah sponsor Raya shopping) dan dapat RM50 dari Pak Uteh. Hehehehe.

Panjang sangat cerita pasal duit. Mestilah happy dapat duit raya. Walaupun ikot beratur dengan budak-budak ni. Hahaha. Sahaja buat kenangan. Kegembiraan mestilah dikongsi bersama. Alhamdulillah syukur. Jom kita tengok gambar-gambar Hari Raya Kedua.

Pagi raya kedua dah siap mandikan Qashrin. Pakaikan dia dress gymboree ni. Bagi dia main dulu dengan Sara. Abis rumah selerak.

Tapi bila nak keluar beraya, Mummy pakai baju biru, terus tukarkan Qashrin dengan baju biru jugak. Hehehe. Gambar terakhir merajuk. Ntah apa yang dia merajukkan tu

Raya kedua, Mummy beraya tiga buah rumah. Bayangkan betapa kenyangnya perut Mummy. Itu pun ada rumah yang Mummy tak makan. Sebab ntah mengapa perut macam tak sedap. Rasa sakit perut. Makan di rumah Pak Uteh jelah. Tu pun tak berani nak makan dengan cili sos ke atau makanan yang pedas. Rumah kedua tu walaupun dia jamu nasi minyak dan ayam masak merah yang sedap. Tak termakan, dah pulak tu ada ulser mulut. Nak telan rasa tersiksa. Tapi takderlah jugak kurus disebabkan tu. Hahahaah

Beraya rumah Pak Uteh. Menu lemang, ketupat dan rendang pedas dah tak layan. Semua serbu pizza dan KFC. Hehehe


Lepas tu beraya rumah Family's friend. Oh sini best beraya. Dia akan bagi duit raya gempak punya. Yeay! Mummy pon dapat. Hahahaha

Rumah terakhir di rumah jiran lama kawan Mama Achik. Rumah dia langsung tak makan. Hanya mintak air masak. Minum banyak-banyak. Lepas tu dah balik. Terus siap-siap memasak. Aih siapa lagi jadi chefnya kalau tak Mummy. Hahaha. Kawan kakak nak datang beraya. Masak simple je, masak Mee Kari. Adoihai seperiuk besar Mummy masak. Malam tu jugak licin. Yerlah adik beradikkan ramai.

Memang penat, tapi ku gagahkan diri jugak memasak. Tapi Mama Achik tolong potong-potong apa yang patut. Kawan sekolah dia ni kawin dengan orang Indonesia dan menetap di sana. Nak tak nak buat jugak. Gambar sempat tangkap yang ini je. Kuah pon dah licin lebih dari separuh. 

Anak Kak Intan ni beberapa tahun yang lepas datang ke rumah waktu Qashrin dalam pantang lagi. Masuk bilik tengok Qashrin. Sekarang dah besar masing-masing. Qashrin memalam dah Mummy pakaikan baju tidur. 

Beginilah cerita Raya Kedua kami. Ringkas je. Gambar pun semua di cantumkan dan jimat masa dan kurang masa nak loading dalam page ni. Rasa macam dah ambil banyak sangat gambar. Tapi masih terasa banyak moment yang belum capture kerana kemalasan melanda. Walau apa pon, dapat jugak mengukir kenangan dalam blog ni. Nanti Qashrin dah besar tengok gambar dan baca cerita ni mesti dia akan tergelak tengok gelagat dia masa kecil. Hehehehe.

Dah jam 11 lebih malam. Nak stop sini dulu. Tadi tolong Opah sediakan persiapan untuk di masak esok hari. Sebab esok Opah beraya kali kedua. Raya puasa enam. Memang tiap-tiap tahun dia akan jemput kawan mengaji dia ke rumah lepas selesai buat puasa enam. Menu esok, Mee Kari, Rendang Pedas Ayam, Kuah Kacang, Nasi Impit, Lemang dan Kueh Raya. Semua home-made. 

Okaylah Good nite.

Xoxo
Mummy Akmar



10/08/2014

Hari Raya Pertama 2014 Mummy Dan Qashrin

Selamat Hari Raya semua!!! Masih dalam musim dan mood Raya sebab kita kan semua beraya sebulan. Mesti hujung minggu penuh dengan open house dan jemputan kenduri. Lamanya tak bukak laptop dan taip pepanjang. Tapi demi blog ini, terpaksa jugak meluangkan sedikit masa walaupun dah berejam bukak page ni tak tertulis apa-apa lagi.

Hari Raya Pertama kami sama seperti tahun-tahun yang lalu, cuma tahun ini lebih istimewa sedikit kerana pada hari raya pertama yang lepas pada 28/ 7 /2014 adalah hari jadi El Qashrin Qaisara. Syukur Alhamdulillah, anak Mummy dah 4 tahun dibesarkan oleh Mummy sendirian. Alhamdulillah dan bersyukur sangat-sangat dengan rezeki Allah yang melimpah ruah kepada kami. Walaupun ada kekurangan, tapi Allah bagi kelebihan dari segi yang lain.

Memang pada awalnya dah rancang nak throw a birthday party for her tapi memikirkan masa yang tak berapa sesuai, terpaksa buat secara kecil-kecilan. Qashrin minta tema Sofia The First. So, Mummy cuba tanya kedai kek, boleh tak buatkan kek Sofia The First untuk diraikan di rumah pada raya pertama tu dan satu lagi untuk di bawa ke sekolah. InsyaAllah. Minggu depan lagi sekali celebrate di sekolah bersama kawan-kawan dia.

Malam raya mesti bakar-bakar mercun bersaing dengan jiran-jiran berdekatan. Macam-macam bunyi ada

Anak-anak saudara akan berkumpul rumah Opah main bunga api dan tengok pertunjukkan mercun. Sampai nak pekak telinga. Qashrin tu takot-takot tapi nak tengok jugak. Anak Mummy tak lepaskan peluang bermain bunga api dengan baju tidur yang baru sampai bernyanyi-nyanyi happy. Macam tahu je maksud hari raya.

Kalau raya mesti ada carbonated drinks. Thanks Ayah Yob sebab menambahkan stok pemanis kami di pagi raya. Hahaha

Pagi-pagi dah bangun tu, terus mandi dan dengar takbir raya. Tengok muka dia happy sangat. Tahun ni tema boria, warna kain sama. Mummy, Mama Achik, Mak Der, Opah dan dua budak kecik ni pakai kain sama. Hehehe Boria

Semua muka baru bangun tidur. Tangkap gambar dulu. 

Pagi-pagi raya lepas bermaaf-maafan, bersalam-salaman dan kaunter duit raya dibuka, Mummy terus ke kedai kek Ambil Kek Qashrin. Semua menyanyikan lagu hari jadi untuk Qashrin. Pak Nek memang suka kacau Qashrin. Tengok tu, dalam gambar. Penuh dengan gambar kena kacau. Muka Qashrin pon dah monyok. Hahahahaa. Sian anak Mummy

Mummy bagi gambar Sofia The First dan berdoa sangat Kek 3D ni menjadi. Sebab kedai tu tak pernah buat kek macamni. Sekarang ni dia tengah buat sebijik macamni kek bertemakan Frozen (Elsa & Anna). Alhamdulillah the cake turned out to be just like what I wanted for Qashrin. Boleh tahan jugak dia buat walaupun order 1 minggu sebelum ambil kek. Hehehe

Alaaaa, ini yang Mummy sayang ni. Di hari raya ni pon nak jugak buat latihan. Abaikan bilik yang berselerak itu. Hahaha

Berselfie dengan Mak @ Opah 

Lepas dah potong kek, semua siap-siap nak pergi ke rumah saudara sebelah Atok dan Opah. Gambar tak sempatlah pulak nak amik. Pagi tu kami pergi ke tiga buah rumah, lepas tu balik dah tidur dan mandi. Terus kami melawat cousin sister Opah di Kampar dan terus ke Batu Gajah rumah abang Opah. 

Semua dah bangun tidur dan dah mandi. Jom kita bertolak ke Kampar dan Batu Gajah. 

Kami bertolak agak lewat jugak. Dari Ipoh ke Kampar dan terus ke Batu Gajah. Yang paling menarik. Beraya di Batu Gajah, bukan sekadar di jamu menu raya, tapi durian. Hahaha. Adoihai. Mummy dah lah sakit tekak dan dapat ulser di lidah gara-gara 3 hari terakhir bulan puasa makan durian. Cuaca panas. Nak tak nak, jamah jugak durian ni.

Sesampainya kami di Ipoh lebih kurang jam 12 malam lebih. Sampai rumah semua dah mengantok dan kekenyangan. Masing-masing tidur kepenatan nak charge battery untuk Hari Raya Kedua. 

Nanti kalau rajin boleh tulis lagi hari raya kedua dan ketiga kami. Tapi cukup untuk setakat hari ini. Dikesempatan ini, Mummy nak ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin kepada semua pembaca blog Qashmere.

Sehingga berjumpa di lain entri.

Wassalam

Xoxo
Mummy Akmar

01/08/2014

Meriahnya Persiapan Sambut Hari Raya 2014

Alhamdulillah. Cepatje masa berlalu. Hari ini dah pun hari raya ke lima kita menyambut Syawal. Macamana Raya korang? Mesti meriah jugakkan. Mummy macam biasa. Bila sambut Hari Raya, mestilah sekurang-kurangnya nak baju dan kasut baru untuk di pakai pada Raya pertama nanti oleh Qashrin.

Dah Raya kelima ni baru sempat nak update blog. Bulan Ramadhan pun sunyi je takde entri terbaru. Takperlah janji pembaca blog rajin masuk dan intai blog ni pun dah memadai. Okaylah nak cerita sedikit pasal persiapan Hari Raya 2014 Mummy dan Qashrin. Meriah dan gembira. Hahaha. Yerlah shopping memang lah meriah dan gembira. Mana ada tak gembira kan.

Alhamdulillah tahun ini, terima kasih pada Abang kedua Mummy. Qashrin panggil dia Pak Nek. Dia yang sponsor belanja shopping untuk Qashrin dan Mummy untuk tahun ini. Hehehe. Thank you Pak Nek. Macam biasa doa kami semoga Pak Nek menjadi lebih kaya raya sampai bila-bila. Alhamdulillah termakbul jugak doa kami. Hahaha Konfiden je ayat Mummy ni kan. Yerlah, semestinya kita mesti berfikiran positif. InsyaAllah akan Allah makbulkan. Amin.

Hari Sabtu tu, Pak Nek datang rumah nak bagi duit shopping Raya. Dia kata nak bank in ke nak cash cheque. Tapi kena pergi main branch baru boleh tukar cash cheque. Walaupun Isnin tu busy tahap gaban di branch sebab ada event. Waktu lunch-break lari kejap ke CIMB Jalan Gopeng. Hehehe. Tq Pak Nek.

Alhamdulillah. Shipment dari Gymboree USA dah sampai pun ke KL dan diposkan ke Ipoh untuk Qashrin

Hari Isnin tu, kami berbuka di Royal Ipoh Club dulu, terus kami ke Ipoh Parade. Shopping raya di Parkson. Opah pon shopping Raya sekali. Kali ini, Mummy dahulukan keperluan Qashrin. Beli dress, baju tidur, tshirts dan juga early birthday present untuk dia. 

Tak banyak sangat dress yang cantik yang berkenan dekat mata Mummy. Takde dress kembang-kembang macam princess. Hahaha. Semua dress Mummy beli untuk Qashrin di Parkson brand Poney dan selebihnya dari Kiko. Mummy beli 3 Poney dress, 1 dress Cartoon Planet, 2 pasang baju tidur Kiko dan 2 tshirt Kiko. Total semua RM 398.50

Inilah semua baju Qashrin yang Mummy beli. Yang paling mahal doll Sofia The First RM99.90 maklumlah harijadi ke empat tahun ini jatuh pada Hari Raya Pertama. Minat sangat Sofia The First, belikan jugaklah. Alhamdulillah.

Tahun ni syukur pada rezeki dari Allah. Lepas Opah balik dari umrah, dia belikan gelang tangan untuk Qashrin. Dalam bulan puasa tu, bawak Qashrin pergi ke kedai emas. Suruh dia pilih dua gelang. Satu rantai tangan ada dangling love (bracelet) memang cantik sebab rantai tangan tu semua anak saudara Opah belikan. Atau pilihan gelang tangan keras. Berkali-kali Mummy tanya, dia nak pilih gelang tangan keras (bangle). Tengok apa yang dia pilih.

Tadaaa, Qashrin pilih yang ini. Good choice. Hehehe Harga dalam RM 1,290 bargain punya bargain dapatlah harga RM 950 Cina tu cakap, tahun depan harga emas lagi naik sebab GST dah bermula. Memang berbaloi beli tahun ini. 

Bila semua dah siap untuk Qashrin, barulah Mummy beli apa yang patut untuk diri sendiri. Memang penat nak tempuh liku-liku Ramadhan, jadi kami berkaraoke Raya dalam kereta. Tengok lah gelagat masing-masing. Heheheh

video
Pitching lari Hahaha

Mula pagi Sabtu tu kami ambil baju raya dari tailor, plan nak ke Aeon last minute shopping sebelum Raya tak menjadi, tapi sebelum tu kami pergi ke kedai emas sekali lagi, Mama Achik nak belanja beli rantai emas untuk Qashrin dan Sara. Memang penat tapi kami gagahkan juga ke Pekan Lama Ipoh. Bargain punya bargain jenuh nak dapat diskaun hebat kali ini. Akhirnya persetujuan dimeterai dengan sales girl tu seutas rantai berharga RM990 dan dapat duit Raya RM10 seorang. Nak mintak RM950 pun tak baginya. Takperlah,  Thanks Mama Achik. Jenuh jugak nak mintak diskaun dekat cina tu. 

Tengok dua budak kecik ni. Bergaya dengan rantai baru. Hahahaha. Pendant tu Mummy bagi satu sorang. Cuma tak complete lagi nak tindik telinga tu je. Kalau cerita pasal tindik telinga mesti Qashrin akan fobia nangis. Heehehe

Hari Ahad tu pulak, shopping last minute di Aeon Kinta City beli baju Mummy. Sementara tu nak pakai Cash dan Coupon rewards ada dalam 20 keping yang Mummy dapat dari CIMB Bank. Alhamdulillah. 

Inilah persiapan Raya Mummy yang tak seberapa sangat. Bersyukur pada Allah dengan rezeki yang diberikan pada kami. 

Xoxo
Mummy Akmar